Translate

Monday, April 15, 2013

Expidisi Ke Bukit Sibau Sarikei Sarawak (13/4/2013)

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit daripada kpg.Sg.Buloh Sarikei membawa makna yang begitu penting dengan harapan untuk melihat sendiri makam persemadian pahlawan suku kaum Iban RENTAP yang disemadikan di BUKIT SIBAU. Kesempatan ini juga menemukan kami kepada keturunan ke-7 pahlawan yang gagah berani ini. Tidak terlitas di hati kedatangan kami boleh diertikan sebagai di alu-alukan. (Tiada 'Kudik').







Bahagian depan Makam Rentap
Gambar: Keturunan rentap ke-7 (tengah) dan (ketiga dari kiri)

Makam (Lungun) Rentap.
Menurut keturunan beliau, lungun ini dibina dalam beberapa tahun yang lalu, kerana lungun yang lama sudah usang. Lungun lama sebenarnya lebih besar daripada ini, yang dipercayai sama besar susuk tubuh Rentap yang tegap dan tinggi.








Pemandangan dari bukit Sibau


Harta peninggalan Rentap masih di simpan di kpg.sg.Buloh (gong dan tawak). Menurut tuan punya (keturunan Rentap) gong/tawak ini tidak sama bunyi dengan yang pada kebiasaanya. Ianya lebih nyaring dan merdu daripada yang lain. Ianya tidak boleh dipalu sembarangan kecuali direstukan oleh keturunannya sendiri.